Tuesday, January 26, 2010

oooo NO.........


Askm..
Apa yang ingin di tulis di sini adalah sekadar untuk di jadikan paparan kepada pembaca sahaja. Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman yang di lalui pada penghujung tahun 2009. Pengalaman ini amat berguna dan perlu di jadikan pengajaran kepada para pembaca terutamanya kaum Hawa. Setiap hari kita pasti akan di kejutkan dengan berita yang mengejutkan seperti kes ragut, penculikan, buanga anak,dera dan sebagainya. Saya pasti ramai di antara remaja-remaja yang gemar melepak atau bersiar-siar untuk membeli-belah terutama di KUALA LUMPUR.... Sudah pastinya anda tahu kawasan BLACK AREA yang selalunya banyak berlakunya ragut dan sebagainya. Pengalaman ini di ceritakan oleh kakak saya sendiri dan terjadi kepada beliau juga. kakak saya pada ketika itu baru sahaja mendapat pekerjaan baru di sebuah syarikat swasta iaitu syarikat kad kredit. Kebiasaannya, beliau selalu pulang lewat kerana tugas yang agak banyak di pejabat. Mungkin pada hari itu, malang telah menimpa beliau dan semasa beliau melalui kawasan pasar seni dalam pukul 10 malam, seseorang yang tidak di kenali telah cuba mengekori beliau. Pada ketika itu beliau tidak mengesyaki apa-apa tetapi makin lama orang itu bergerak semakin laju mendekati beliau lalu cuba untuk mengapa-apakan beliau. kakak saya terus menjerit dan lelaki terbabit yang mungkin dalam ketakutan pun melarikan diri. Selepas kejadian itu, kakak saya terus mengambil keputusan untuk bertukar kerja di tempat lain. Jadi, sebagai pengajaran kepada semua, kita jangan keluar berseorangan terutama lewat malam kerana amat berbahaya dan kepada Kaum Hawa, amatlah di galakkan untuk membeli safety spray untuk keselamatan diri. Fikir-fikirkanlah.. semuanya terletak pada diri anda :)

No comments:

Post a Comment