Thursday, January 28, 2010

ABC i LOVE u....

Hai kawan2.. Hari ni terase lapo gle sebab 2 nak je tulis pasal makanan. Kali ni blog yang ingin aku kongsikan kepada korg adalah mengenai makanan masyarakat kita iaitu ABC atau Air Batu Campur dan kalu dalam bahase utaranya di panggil air batu Campoq..huhuhu

Air Batu Campur

Pernahkah anda makan ABC? ABC bukanlah huruf biasa. ABC ni sejenis makanan dan lebih tepat lagi sebagai pencuci mulut. AIR BATU CAMPUR atau dikenali jugak sebagai AIS KEPAL di sesetengah lokasi. Namanya tidak penting, namun yang penting ia sedap dimakan.

Di sini, aku bukan nak kupas pasal topik ABC. Bukan juga nak ajar cara-cara membuatnya kerana aku sendiri pun tidak tahu. Apatah lagi nak ajar cara-cara nak makan kerana pasti semuanya sudah tahu.

Di sini apa yang aku cuba nak sampaikan adalah satu bentuk analogi untuk keadaan semasa dari perspektif berbeza.

Sebut sahaja ABC, pasti semua sudah tahu bukan. ABC adalah AIR BATU CAMPUR, ini bermakna untuk menghasilkan ABC ia memerlukan pelbagai bahan yang perlu dibuat kombinasi/dicampur bersama.

Selain warna yang menarik, kepelbagaian rasa juga menarik minat penggemarnya. Bayangkan kalau salah satu bahan kurang untuk membuat ABC, sudah tentu rasanya kurang sedap. Begitu juga kalau sirap dan susu tidak dibubuh bersama, sudah tentu tidak dapat menghasilkan kombinasi warna yang menarik. Di sini, apa yang penting adalah kombinasi bahan dan warna untuk menghasilkan ABC.

Ini bermakna, setiap komponen yang wujud dalam ABC adalah penting untuk menghasilkan ABC yang sedap dimakan dan menyelerakan bila dipandang. Setiap bahan/komponen saling melengkapi antara satu sama lain untuk manghasilkan ABC yang sempurna!

Ramuan ABC

Cuba bayangkan ABC sebagai negara kita MALAYSIA. Bahan-bahan/komponen di dalamnya mewakili pelbagai bangsa, agama dan etnik. Mahukah kita makan ABC yang tidak sedap? Bayangkan kalau susu dan buah kabung tak ada, mana kelebihan pada ABC di pandangan pemakannya?

Maka, tepuklah dada, tanya minda dan galilah dengan akal! Buatlah tafsiran dengan bijak walaupun analogi ini bukanlah analogi yang hebat untuk dibuat perbandingan. Apa yang penting, semoga analogi ini mudah difaham dan dapat dicerna oleh minda dengan mudah.

Selanjutnya, jika kita masukkan racun/bahan-bahan pewarna yang berlebihan, sudah tentu ABC yang dimakan akan mendatangkan komplikasi kepada sesiapa saja yang memakannya. Jika racun, mungkin boleh membawa maut. Jika pewarna berlebihan, mungkin membawa penyakit. Jika berlebihan susu, mungkin mendatangkan diabetis. Jika bahan yang digunakan dalam kondisi tidak elok/ tamat tempoh, sudah tentu akan membuat kita cirit-birit.

Mahukah kita makan ABC yang beracun/berbahaya?

Sekali lagi, fikirlah sebelum bertindak untuk mengubah komposisi asal ABC. Maka di sini, apa yang hendak disampaikan adalah setiap apa jua tindakan yang kita buat dalam proses pembikinan/pembuatan ABC, akan mendatangkan 1001 kesan dan akibat.

Cuba kita kaitkan apa yang berlaku di negara kita saban hari. Semoga, setiap daripada kita sedar apa yang berlaku dan memikirkan inisiatif/solusi kepada permasalahan yang berlaku. Langkah bijak adalah bukan provokasi, bukan jua demonstrasi, tetapi langkah sebenarnya adalah toleransi dan demokrasi.

Hakikatnya, ia begitu sukar. Apa yang difikir tidak selari dengan tindakan yang diambil. Apa yang dirancang tidak selari dengan perlaksanaan.

Justeru, apa yang telah berlaku jangan kita keruhkan keadaan. Semoga pendekatan yang terbaik dilakukan. Isu kaum/agama bukan satu gurauan kerana ia bakal mencetuskan seribu satu permasalahan. Jangan anggap ia satu permainan. Kelak kita semua kerugian!


Believe it OR not????





Hai..
Kepada penggemar roti..mesti anda akan teruja apabila membaca blog saya nie.... cerita yang nak sy paparkan ni bukanlah terlalu luar biasa, tapi ini sekadar untuk berkongsi cerita kepada anda tentang masyarakat Thailand yang mengusahakan 'Roti Manusia'. Roti manusia ni bukan bermakna mereka mengambil bahagian tubuh manusia untuk di jadikan roti.. tapi mereka mengaplikasikan kreativiti mereka dengan membuat roti dengan membentuk doh seperti bahagian badan manusia... Nampak agak pelik..kan??
believe it or not?? Cuba lihat gambar-gambar... nampak real kan??
harap jangan la yang terus xmakan roti lepas ni k..huhuhu

Tuesday, January 26, 2010

oooo NO.........


Askm..
Apa yang ingin di tulis di sini adalah sekadar untuk di jadikan paparan kepada pembaca sahaja. Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman yang di lalui pada penghujung tahun 2009. Pengalaman ini amat berguna dan perlu di jadikan pengajaran kepada para pembaca terutamanya kaum Hawa. Setiap hari kita pasti akan di kejutkan dengan berita yang mengejutkan seperti kes ragut, penculikan, buanga anak,dera dan sebagainya. Saya pasti ramai di antara remaja-remaja yang gemar melepak atau bersiar-siar untuk membeli-belah terutama di KUALA LUMPUR.... Sudah pastinya anda tahu kawasan BLACK AREA yang selalunya banyak berlakunya ragut dan sebagainya. Pengalaman ini di ceritakan oleh kakak saya sendiri dan terjadi kepada beliau juga. kakak saya pada ketika itu baru sahaja mendapat pekerjaan baru di sebuah syarikat swasta iaitu syarikat kad kredit. Kebiasaannya, beliau selalu pulang lewat kerana tugas yang agak banyak di pejabat. Mungkin pada hari itu, malang telah menimpa beliau dan semasa beliau melalui kawasan pasar seni dalam pukul 10 malam, seseorang yang tidak di kenali telah cuba mengekori beliau. Pada ketika itu beliau tidak mengesyaki apa-apa tetapi makin lama orang itu bergerak semakin laju mendekati beliau lalu cuba untuk mengapa-apakan beliau. kakak saya terus menjerit dan lelaki terbabit yang mungkin dalam ketakutan pun melarikan diri. Selepas kejadian itu, kakak saya terus mengambil keputusan untuk bertukar kerja di tempat lain. Jadi, sebagai pengajaran kepada semua, kita jangan keluar berseorangan terutama lewat malam kerana amat berbahaya dan kepada Kaum Hawa, amatlah di galakkan untuk membeli safety spray untuk keselamatan diri. Fikir-fikirkanlah.. semuanya terletak pada diri anda :)

Perniagaan internet

Sejauh mana perniagaan internet mampu memberi keuntungan kepada peniaga dan kenapa masih ada lagi peniaga yang kurang yakin untuk menceburkan diri di dalam perniagaan internet??