Thursday, January 28, 2010

ABC i LOVE u....

Hai kawan2.. Hari ni terase lapo gle sebab 2 nak je tulis pasal makanan. Kali ni blog yang ingin aku kongsikan kepada korg adalah mengenai makanan masyarakat kita iaitu ABC atau Air Batu Campur dan kalu dalam bahase utaranya di panggil air batu Campoq..huhuhu

Air Batu Campur

Pernahkah anda makan ABC? ABC bukanlah huruf biasa. ABC ni sejenis makanan dan lebih tepat lagi sebagai pencuci mulut. AIR BATU CAMPUR atau dikenali jugak sebagai AIS KEPAL di sesetengah lokasi. Namanya tidak penting, namun yang penting ia sedap dimakan.

Di sini, aku bukan nak kupas pasal topik ABC. Bukan juga nak ajar cara-cara membuatnya kerana aku sendiri pun tidak tahu. Apatah lagi nak ajar cara-cara nak makan kerana pasti semuanya sudah tahu.

Di sini apa yang aku cuba nak sampaikan adalah satu bentuk analogi untuk keadaan semasa dari perspektif berbeza.

Sebut sahaja ABC, pasti semua sudah tahu bukan. ABC adalah AIR BATU CAMPUR, ini bermakna untuk menghasilkan ABC ia memerlukan pelbagai bahan yang perlu dibuat kombinasi/dicampur bersama.

Selain warna yang menarik, kepelbagaian rasa juga menarik minat penggemarnya. Bayangkan kalau salah satu bahan kurang untuk membuat ABC, sudah tentu rasanya kurang sedap. Begitu juga kalau sirap dan susu tidak dibubuh bersama, sudah tentu tidak dapat menghasilkan kombinasi warna yang menarik. Di sini, apa yang penting adalah kombinasi bahan dan warna untuk menghasilkan ABC.

Ini bermakna, setiap komponen yang wujud dalam ABC adalah penting untuk menghasilkan ABC yang sedap dimakan dan menyelerakan bila dipandang. Setiap bahan/komponen saling melengkapi antara satu sama lain untuk manghasilkan ABC yang sempurna!

Ramuan ABC

Cuba bayangkan ABC sebagai negara kita MALAYSIA. Bahan-bahan/komponen di dalamnya mewakili pelbagai bangsa, agama dan etnik. Mahukah kita makan ABC yang tidak sedap? Bayangkan kalau susu dan buah kabung tak ada, mana kelebihan pada ABC di pandangan pemakannya?

Maka, tepuklah dada, tanya minda dan galilah dengan akal! Buatlah tafsiran dengan bijak walaupun analogi ini bukanlah analogi yang hebat untuk dibuat perbandingan. Apa yang penting, semoga analogi ini mudah difaham dan dapat dicerna oleh minda dengan mudah.

Selanjutnya, jika kita masukkan racun/bahan-bahan pewarna yang berlebihan, sudah tentu ABC yang dimakan akan mendatangkan komplikasi kepada sesiapa saja yang memakannya. Jika racun, mungkin boleh membawa maut. Jika pewarna berlebihan, mungkin membawa penyakit. Jika berlebihan susu, mungkin mendatangkan diabetis. Jika bahan yang digunakan dalam kondisi tidak elok/ tamat tempoh, sudah tentu akan membuat kita cirit-birit.

Mahukah kita makan ABC yang beracun/berbahaya?

Sekali lagi, fikirlah sebelum bertindak untuk mengubah komposisi asal ABC. Maka di sini, apa yang hendak disampaikan adalah setiap apa jua tindakan yang kita buat dalam proses pembikinan/pembuatan ABC, akan mendatangkan 1001 kesan dan akibat.

Cuba kita kaitkan apa yang berlaku di negara kita saban hari. Semoga, setiap daripada kita sedar apa yang berlaku dan memikirkan inisiatif/solusi kepada permasalahan yang berlaku. Langkah bijak adalah bukan provokasi, bukan jua demonstrasi, tetapi langkah sebenarnya adalah toleransi dan demokrasi.

Hakikatnya, ia begitu sukar. Apa yang difikir tidak selari dengan tindakan yang diambil. Apa yang dirancang tidak selari dengan perlaksanaan.

Justeru, apa yang telah berlaku jangan kita keruhkan keadaan. Semoga pendekatan yang terbaik dilakukan. Isu kaum/agama bukan satu gurauan kerana ia bakal mencetuskan seribu satu permasalahan. Jangan anggap ia satu permainan. Kelak kita semua kerugian!


No comments:

Post a Comment