Hari nie....cm bese la...hari2 yang mmenatkan coz byk kerja nk wt...nsb kelas QMT batal pg td...lau x ak ase lg tension kot....ari ni kelas kul 2 smp 6...huuuuu pnt beb...tp nsb presen jer tp bkn grup ak huhu... tg td lak ujan jp..ak kne stay coz ad Test mlm ni...Emmmm test td mmgmncbr mnde kot huhu...mlm pas test ak g umah Ja...dok tumpang umah ea smbil 2 bncg pasal keje...Ea 2 mmber 1 umah aimi n Qis...hummm...smbil2 2 tgok la fb n wt blog....lupe lak...ak nk bg tau berita gembira kt sume...AKHIRNYA... ak da dpt abiskn blog ak yg ke 50 hua3x....terharu seyh ( T_T ) huhhuhuhu....Kepade sume thnx bg sapot kt ak...terutam PM Kamel....lau ea xengtkn student kne anta blog b4 1hb ni ak ase xsiapnyer blog ak...cume nk tmbah ckt2 bnde ag r...huhuhu...k r ak pon da ngntok ni..cume nk bg tau brte epy ni je hehehe...c u 2morrOw... SelamaT p@g! C!nt@.... :)
Thursday, March 25, 2010
Wednesday, March 24, 2010
isu pengkid di malaysia...
Fatwa Pengharaman Pengkid
Terakhir dikemaskini Khamis, 11 Disember 2008
Isu golongan wanita membawa imej lelaki telah lama dibincangkan dan bukanlah satu perkara yang sangat baru dan ia
adalah fenomena global.Sewaktu dahulu mereka ini digelar tomboy tetapi kini mereka dikenali dengan nama pengkid.
CIRI-CIRI GOLONGAN INI
1. Gadis atau wanita mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan pakaian
seluar jeans dan t-shirt.
2. Dari sudut sifat , nyata terserlah sifat kelakian pada golongan ini sehingga ada yang “perasan”bahawa
mereka benar-benar seorang lelaki yang sejati.
3. Cenderung untuk menjalin hubungan intim dengan wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan
terhadap lelaki.
4. Golongan ini cuba menonjolkan identity gender berlawanan daripada norma-norma biologi dan social yang mereka
miliki.
ISLAM MELARANG LELAKI MENYERUPAI WANITA DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
Sabda Rasulullah SAW
Bermaksud :Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada
kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita .(HR al Bukhary)
Sabda Rasulullah SAW
Bermaksud : Daripada Abi Hurairah r.a berrkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian
perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.(HR Abu Daud)
Maksud menyerupai dalam konteks hadith ini termasuklah daripada gaya rambut , perhiasan ,penampilan , cara
bercakap cara berpakian dan sebagainya.
RAHSIA /HIKMAH PENGHARAMAN
1. Berlawanan dengan fitrah yang telah dicipta Allah bagi orang lelaki dan perempuan yang mempunyai sedikit
perbezaan yang saling menampung dan saling melengkapi antara satu sama lain samada kejadian fizikal , emosi dan
sebagainya.Ini disebabkan masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab.
2. Dari kelainan itulah kita itulah sunatullahnya kita hidup berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.
Firman Allah
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan
oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan apabila hubungan ini dilakukan secara pernikahan yang sah maka akan tercapai dan tertunailah naluri fitrah
manusia serta keturunannya akan berkembang biak.
Firman Allah
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(QS Arrum 21)
Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Perak
http://jaipk.perak.gov.my Dikuasai oleh Joomla! Dijanakan : 24 March, 2010, 15:26
Firman Allah
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari
limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.(QS An Nur 32)
Namun perlu ditegaskan hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa dibatasi dengan batasan syarak adalah
diharamkan sebagaimana hubungan perkahwinan yang berlaku dengan jantina yang sejenis atas tiket fahaman
liberalisme .
Firman Allah SWT
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, "Dan kamu tinggalkan apa yang
diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orangorang
yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)(QS As
Syuara’ 165-166).
TINDAKAN UMAT ISLAM DALAM ISU INI
1. Hendaklah sensitive terhadap perkembangan dan tumbesaran anak-anak agar selaras dengan syara’ dan
naluri sejatinya.
2. Membenci dan tidak mempromosi suasana yang tidak selari dengan syarak seperti kelakuan yang cuba dipromosi
oleh selebriti media massa ..lelaki-lelaki lembut begitu juga sebaliknya.
3. Menggunakan kuasa rakyat untuk meminggirkan apa jua aktiviti dan tokoh yang cuba menguasai minda orang ramai
agar terpesong dari landasan hukum hakam agama.

teknik solekan
Bersolek bermaksud mendandan diri dengan kemas agar kelihatan ceria dan tampil menawan. Ada yang menggunakan alat mekap yang ringkas, malah ada juga yang menggunakan pelbagai warna dan jenama mahal yang sesuai dengan kulit dan warna muka.
Bersolek bukan sekadar menempek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.
Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.
Nancy Tan, dari Nu Skin berkata, solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai.
“Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan,” katanya.
Memakai bedak asas juga kata Nancy memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan.
“Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering,” jelasnya.
Tambah Nancy, dalam bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah.
Teknik Bersolek
Kata Nancy, mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.
Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.
Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.
“Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul,” katanya.
“Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,”katanya.
Secara teorinya kata Nancy, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.
Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah
Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai
Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.
Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.a
Bersolek bukan sekadar menempek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.
Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.
Nancy Tan, dari Nu Skin berkata, solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai.
“Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan,” katanya.
Memakai bedak asas juga kata Nancy memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan.
“Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering,” jelasnya.
Tambah Nancy, dalam bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah.
Teknik Bersolek
Langkah satu:
Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (walau sebenarnya dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.Kata Nancy, mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.
Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.
Langkah dua:
Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.
“Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul,” katanya.
Langkah tiga:
Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’.“Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,”katanya.
Langkah empat:
Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.Secara teorinya kata Nancy, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.
Apa patut tahu
Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perakWarna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah
Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai
Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.
Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.a
Tip jage rambutmu... (*_- )
Tips mengelak kerosakan rambut 1. Jangan terlalu kerap mewarna rambut.
2. Pastikan pewarna tidak mengenai akar rambut kerana ia boleh merosakkan keadaan rambut sedia lemah.
3. Dapatkan nasihat pakar sebelum mewarna rambut.
4. Membaca arahan ditetapkan sebelum mewarna jika ingin melakukannya di rumah.
5. Jika ingin mewarnakan rambut di rumah, pastikan anda membaca arahannya terlebih dulu. Jika perlu dapatkan bantuan rakan, bagaimanapun mewarnakannya di salun lebih selamat.
Langkah rawat rambut berwarna
1. Kenal pasti jenis masalah rambut.
2. Cuci rambut menggunakan syampu khas bagi rambut berwarna.
3. Urut kepala bagi melancarkan aliran darah di kepala.
4. Cuci rambut sehingga bersih bagi memastikan tidak ada sabun tertinggal di kepala yang akan menyebabkan kelemumur.
5. Ratakan ubat khas membuang kimia di seluruh kepala dengan berhati-hati.
6. Bungkus kepala dengan plastik supaya ubat itu menyerap dengan baik pada rambut.
7. Cuci rambut sehingga bersih.
8. Letak dan ratakan serum di seluruh rambut bagi memperbaiki struktur rambut.
Faktor rambut gugur
Genetik atau keturunan.
Umur.
Perubahan hormon dalam badan, terutama selepas bersalin.
Alahan terhadap ubat-ubatan.
Serangan kulat dan bakteria.
Tekanan emosi dan diet mengejut dengan mengetepikan makanan berprotein, karbohidrat dan vitamin.
Gangguan kesihatan seperti demam panas yang mengiringi penyakit lain iaitu radang paru-paru misalnya, boleh menyebabkan rambut gugur, manakala hipertirodisme menyebabkan rambut beransur-ansur nipis.
Kesan sampingan rawatan perubatan iaitu kemoterapi bagi barah.
Pengambilan vitamin A berlebihan.
Ubat mengandungi kokain dan steroid anabolik boleh menyebabkan rambut nipis atau gugur.
Faktor persekitaran iaitu amalan mewarna, mencelup, melurus atau mengeriting rambut menggunakan cara yang kasar, salah serta terlalu berlebihan merosakkan rambut dan menyebabkannya gugur.
Penjagaan harian
Bagaimana merawat atau menjaga rambut setiap hari, membantu mengekalkan warna, selain rambut tampak lebih sihat:
Guna syampu khas untuk rambut berwarna.
Jangan lupa guna pelembap sesuai ira rambut.
Guna barangan mesra rambut yang berpelembap untuk mendapatkan gaya pilihan.

info tentang kancer....
Kanser(Cancer)
Kanser ialah suatu istilah am yang mencakupi lebih daripada 100 jenis penyakit yang berbeza antara satu sama lain. Secara umum,kanser adalah suatu pembiakan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal. Sel-sel yang tidak normal ini seringkali berkelompok dan dipanggil ketumbuhan (tumor.
Sel-sel kanser ini mampu membiak dengan cepat dan menyerang tisu @ organ yang terlibat,sambil memusnahkan tisu yang sihat.Sel-sel kanser ini juga mampu merebak ke organ-organ lain di seluruh badan.
Selain dari kanser paru-paru yang merupakan pembunuh utama di Malaysia,kaum lelaki kini berdepan dengan kanser prostat dan kaum wanita pula berdepan dengan kanser payudara.
Awas !!!
Mungkin anda ada tanda-tanda kanser payudara. Saksikan video di bawah ini dan segera lakukan pemeriksaan sendiri payudara anda.
"Tahukah anda ???
Sel-sel bertumbuh secara normal memerlukan oksigen yang mencukupi.Tetapi oleh kerana faktur kepekatan dalam darah,kandungan oksigen dalam darah menjadi berkurangan dan keadaan ini berlanjutan akan mendatangkan risiko pembentukan sel yang tidak normal kerana mendapat bekalan oksigen yang tidak mencukupi.

Ooooo Jerawat ag!!
JERAWAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Jerawat lebih dianggap sebagai satu ciri keremajaan kerana biasanya bermula pada usia remaja. Lazimnya bahagian muka yang terjejas.
Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.
Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.
Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah.
Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial.
Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.
Penyebab Jerawat :
Penyebab sebenarnya mengapa seseorang mempunyai jerawat dan yang lain tidak punya masih belum diketahui secara menyeluruh.
Namun andata beberapa faktor yang menyebabkan jerawat ialah :
• Stres;
• Keturunan dari orang tua;
• Aktivitas hormon : Salah satu faktor penting yang menyebabkan timbulnya jerawat adalah meningkatnya produksi hormon testosteron, yang dimiliki oleh tubuh pria maupun wanita. Hormon testosteron yang terdapat dalam tubuh pria maupun wanita memicu timbulnya jerawat dengan merangsang kelenjar minyak (sebaceous gland) untuk memproduksi minyak kulit (sebum) secara berlebihan;
• Kelenjar minyak yang hiperaktif;
• Bakteri di pori-pori kulit;
• Iritasi kulit atau kerana garukan;
• Anabolic steroid;
• Pil pengontrol kelahiran/pil KB, namun banyak wanita mengalami penurunan munculnya jerawat semasa pemakaian pil; dan
• Berada dalam lingkungan dengan kadar chlorine yang tinggi, terutama chlorinated dioxins, yang menyebabkan jerawat serius yang disebut Chloracne.
TIP TINGKATKAN DAYA INGATAN
PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:
* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)